Thursday, August 27, 2009

tahukah anda

ok..
ada satu soalan utk arinie..

bangunan apa yg plg tinggi di kl?

Wednesday, August 26, 2009

Kisah Dari Team Yg Selalu Angkat Piala

Vidic setia bersama United
26/08/2009 2:39am

MANCHESTER, England 26 Ogos - Pemain pertahanan Serbia, Nemanja Vidic semalam menegaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kelab yang diwakilinya ketika ini, Manchester United.
Vidic yang membuat penampilan pertama musim ini pada Sabtu lalu ketika membantu United mencatat kemenangan 5-0 ke atas Wigan, selepas pulih daripada kecederaan.
Pemain itu menyatakan pendiriannya bagi menjawab spekulasi yang menyatakan dia bercadang meninggalkan kelab terkemuka England tersebut.
“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Barcelona atau Real Madrid mahupun AC Milan, atau mengenai mana-mana kelab terkemuka lain.
“Malah saya juga tidak pernah bercakap mengenai masa depan saya. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa ada orang lain mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Saya telah membuktikan di Wigan betapa saya begitu gembira bersama kelab ini (United),” kata Vidic. -AFP

note:hepi tul aku dengo vidic masih setia..dia nie the best defender arr,partner lak ngan rio ferdinand..the best ever!!

sumber: http://www.utusan.com.my/

Tuesday, August 25, 2009

hitam legam

huh..klau nk cerita tang keta nie..mmg tak abes..byk lg modifikasi yg perlu dilakukan..ada saje..demi memenuhi kehendak naluri lelaki dalam diri ini,ku turutkan jua..enjin biarlah standard,umur pn masih muda..jgnlah ada yg ajak lumba,kerana keta ku ini bukanlah keta lumba..tak laju tp garang!!steady?yurp steady..

Monday, August 24, 2009

makan makan

Masuk puasa ke-3..
Apa ye nk makan buka jap lg?


chicken chop?ok gak ek..

Friday, August 21, 2009

kekuatan

smlm seperti biasa,menjalani rutin harian..jam 11pg, setelah tidak tahan dgn sakit kepala dan selsema,aku ke klinik panel..doktor memberi mc satu hari..

badan masih panas..nasib baik hati masih sejuk..kata2 org,biarkan..kerana itu cabaran..tuhan masih memberi kekuatan..kecekalan untuk bertahan sehingga hari ini..

alhamdulillah..

salam ramadhan 1430H

Tuesday, August 18, 2009

aku yg semakin berat

smlm aku memijakkan kaki di mesin penimbang..berat badan yg baru update dan latest..80kg!!
lemak2 semakin naik..naik lemak!!
3 bulan tidak bersukan?akibat patah jari kaki mungkin penyebab..
kecederaan semakin pulih,masa utk membuang berat2 yg tidak diperlukan..
kes berat nie..

Monday, August 17, 2009

akak dan ayu

Nur Anisa Ismail
setelah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda di USM,akak berkhidmat dengan TV3..mmg minat akak dalam bidang penyiaran..cita2 akak utk membuka 'production house' sendiri..


Nur Azlinda Ismail
ayu pula berada dalam bidang perakaunan..setelah menamatkan diploma perakaunan di UiTM Segamat,ayu bekerja dengan KLIA Holdings..ayu dalam semester akhir program professional akaun,CIMA..satu-satunya adikku..

Thursday, August 13, 2009

majlis perkahwinan syam


syam,pegawai eksekutif UiTM JB telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan di endau mersing..
uniknya,syam dan isteri merupakan seniorku ketika di uitm..
alhamdulillah,bertemu jodoh..
tunggu turn junior lak pasnie..hehe..

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Saturday, August 1, 2009

Ogos datang lagi

Tarikh-tarikh penting bagi bulan ogos..

8.8.09..majlis perkahwinan syam,endau mersing
8.8.09..kursus personaliti staf terbilang
15.8.09..modul 3&5
15.8.09..futsal imetro zon tengah
22.8.09..awal ramadhan
31.8.09..merdeka!!

Semoga hari-hari mendatang lebih bercahaya..