Friday, July 31, 2009

warung kopi dan coffee bean

dato dr hj fadzilah kamsah dalam program motivasinya pernah berkata mengenai pepatah 'malu bertanya sesat jalan'..tetapi zaman sekarang 'malu bertanya tak dapat awek,malu menjawab tak dapat pakwe'..

begitulah perubahan zaman..

kata mak,zamannya dahulu ke sekolah hanya berbekalkan 20sen..cukup untuk makan mee goreng dan secawan air..tetapi sekarang,bernasib baik jika sebiji karipap mahupun donat berharga 20sen..untuk mee goreng dan secawan air sekurang-kurangnya rm2..

kata mak,zamannya dahulu,mana ada henfon..aku sendiri mula menggunakan henfon ketika di tingkatan empat..tetapi sekarang,anak kecil yang baru berumur 7 tahun pn sudah memiliki henfon sendiri..mudah untuk berkomunikasi katanya..

kata mak,zamannya dahulu dari rumah ke tempat kerja hanyalah berjalan kaki..tetapi zaman sekarang,mana boleh berjalan kaki..pengangkutan kan banyak..lrt,monorail,erl semua sudah sedia ada..

kata mak,zamannya dahulu mana ada komputer..surat ditaip menggunakan 'typewriter'..

begitulah arus deras kehidupan..globalisasi yang menjadi destinasi..namun,dari mana asalnya kita janganlah dilupa..tukarlah cara kita sekalipun,melayu juga kita..kerana nama boleh ditukar,rambut boleh berubah,juga bahasa..namun darah tetap melayu..tanah juga asal kita..

p/s : demi agama,bangsa dan negara..

Wednesday, July 29, 2009

bersalahkah aku..

gambar diambil ketika berkhidmat di jabatan tenaga kerja johor bahru..hehe..juz amek gmbr dlm mahkamah buruh selepas selesai perbicaraan melibatkan pekerja asing dan majikan..

Tuesday, July 28, 2009

'first impression'

apakah itu?

'first impression' yang baik adalah amat penting dalam membina perhubungan dengan orang di sekeliling..itu melibatkan persepsi orang yang menerima atau dinilai..seringkali kita prejudis terhadap orang pada pandangan pertama..

mengapa?

kita dijadikan bukanlah dapat membaca pemikiran dan hati sesama kita..rambut sama hitam,hati jangan biar hitam..

renungkan..

bolasepak

bolasepak merupakan salah satu kegiatan kegemaranku..aku dibesarkan dengan suasana bolasepak..ayah merupakan bekas penjaga gol pasukan johor..dek kerana pembedahan lutut yang dijalani ayah terpaksa berhenti..ayah menggalakkan aku mengikuti bakatnya..semasa di darjah 2 lagi,ayah membawa aku ke stadium larkin untuk menyaksikan perlawanan bolasepak..di tahun 1992 itulah zaman kegemilangan khalid shahdan,nasir yusof,zainal abidin hassan,dollah salleh dan lain-lain..

setelah melihat kehebatan mereka,aku pulang ke rumah..menanam azimat untuk menjadi pemain seperti mereka..aku bermula dengan membuat bola kertas yang dibalut dengan getah..bermain bola di dalam rumah boleh membuat mak naik angin..apakan daya katanya,'anak laki sorang'..

setahun demi setahun hinggalah ke tahun 1995..aku mula terpilih untuk pasukan johor dalam kejohanan mssm..pada tahun 1997 aku telah mengikuti satu sesi pemilihan pemain bagi mengikuti program akademi bolasepak negeri johor di bawah kendalian FAM..hampir seribu pemain yang datang dari seluruh pelusuk negeri..masing-masing dengan kehebatan tersendiri..10 orang panel yang akan memilih pemain untuk program akademi termasuklah khalid shahdan,nasir yusof,wan jamak,darren steward dan lain-lain..aku diberitahu khalid shahdan dan nasir yusof akan menjadi jurulatih bagi akademi bolasepak negeri johor..lagilah melonjak semangat muda aku untuk terpilih,dapat menuntut ilmu bersama nama-nama besar bolasepak malaysia..

hari terakhir pemilihan..panel pemilih memberitahu bahawa keputusan siapa yang terpilih akan diketahui melalui panggilan telefon dan disusuli surat dalam masa sebulan..dua minggu selepas itu aku dihubungi oleh pegawai persatuan bolasepak negeri johor mengatakan aku terpilih,syukur..

tahun 1998 di akademi bolasepak negeri johor..hinggalah ke tahun 2001,pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan yang aku sertai..byk juga pengalaman yang ditimba..

pada tahun 2002,keluarga menyuruh aku meninggalkan bolasepak dan menyambung pengajian..aku akur..mungkin ada hikmahnya..

buat sume jurulatih yang telah membimbing aku..terima kasih yang tidak terhingga dari diri ini..

khalid shahdan (yang masih lagi memanggil aku untuk kembali beraksi untuk pasukan johor)
nasir yusof (jurulatih pasukan mleague johor fa sekarang)
syed ahmad (bekas pemain kebangsaan-membimbing pasukan piala coca-cola johor)
amin FAM (jurulatih aku semasa menyertai malaysia under16)
dan buat yang lain-lain..
jutaan terima kasih!!respek!!

suatu masa

kenangan di pengajian..

tiga tahun berlalu semenjak aku meninggalkan uitm jengka..arghhh..sayu rasanya bila mengingat kembali kenangan di sana..mana tidaknya,pelbagai kisah suka duka yang dilalui..
aku mengenali azmal,seorang rakan yang berasal dari felda jengka 17..orangnya begitu periang dan mudah bergaul..mempunyai seorang kakak..aku mengenali keluarga azmal..oleh kerana uitm dan rumah mereka terletak tidak jauh maka selalulah aku singgah ke rumah mereka,merasai suasana kampung..cukup mengasyikkan..udara segar yang mana mungkin dirasai di halamanku..
setahun setelah menamatkan pengajian,aku dikejutkan dengan sebuah panggilan pada jam 4 pagi..azmal sudah tiada..bagaikan tersentak hati ini..satu2 panggilan aku terima daripada rakan2 mengatakan azmal telah terlibat dengan kemalangan..
aku tidak mampu membalas segala jasa dan budi arwah mahupun keluarganya..hanya doa yang mampu ku iringkan..semoga Allah membalas segala jasamu..
Al-fatihah buat Mohd Azmal bin Jamaluddin..

Monday, July 27, 2009

mula bicara

salam buat semua..

sejak sekian lama memendam rasa utk ber'blog',akhirnya tercapai jua kesempatan..
kesempatan utk aku coretkan,sebelum terlelap..