Tuesday, July 28, 2009

suatu masa

kenangan di pengajian..

tiga tahun berlalu semenjak aku meninggalkan uitm jengka..arghhh..sayu rasanya bila mengingat kembali kenangan di sana..mana tidaknya,pelbagai kisah suka duka yang dilalui..
aku mengenali azmal,seorang rakan yang berasal dari felda jengka 17..orangnya begitu periang dan mudah bergaul..mempunyai seorang kakak..aku mengenali keluarga azmal..oleh kerana uitm dan rumah mereka terletak tidak jauh maka selalulah aku singgah ke rumah mereka,merasai suasana kampung..cukup mengasyikkan..udara segar yang mana mungkin dirasai di halamanku..
setahun setelah menamatkan pengajian,aku dikejutkan dengan sebuah panggilan pada jam 4 pagi..azmal sudah tiada..bagaikan tersentak hati ini..satu2 panggilan aku terima daripada rakan2 mengatakan azmal telah terlibat dengan kemalangan..
aku tidak mampu membalas segala jasa dan budi arwah mahupun keluarganya..hanya doa yang mampu ku iringkan..semoga Allah membalas segala jasamu..
Al-fatihah buat Mohd Azmal bin Jamaluddin..

3 comments:

  1. tulah...memang sayu..aku pun pernah kehilangan teman yang boleh aku anggap sedara beb..memang aku terasa kehilangan beliau..tuhan lebih sayangkan beliau..alfatihah

    ReplyDelete
  2. selalunye org yang baik-baik dan disenangi ni mmg cepat perginya...kalau manusia sayang dia, Allah lagi Maha KasihNya...emm..suci btol muke ai mase zmn mude2 ni...

    ReplyDelete