
ok..sempena raya nie mesti ramai yang masih memikirkan kasut apakah yang ingin dibeli untuk dipakai ketika raya..dek kerana demam crocs yang sedang melanda,ramai peniaga2 mengambil kesempatan menjual crocs tiruan (imitation) dan memperdaya pembeli..
mcm mane nk knal crocs ori?
kt sni aku 'up' sket tips sebagai panduan..
Pertama: Physical look (Finishing)
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing teruk yang amat.
Kedua: Logo button Crocs
Contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.
Ketiga: Tulisan tapak
Original tulisan seharusnya: boulder,colarado (koma)Imitate: boulder.colarado (titik)(note: bukan semua imitate mcm ni, ada juga sama tulisan mcm ori)Kalau anda jumpa seller jual mcm ni, n kalau dia nak bertekak dgn anda dgn memberi alasan model original reject sbb tu ada titik bukan koma, ha jgn tertipu, itu maknanya dia sendiri terkejut dgn soalan anda dan tk tahu nak jawab.
Keempat: Kelembutan (softness)
Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.
Kelima: Terapung bila letak atas air
Letak crocs dalam air, tgk dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dlm air.
Keenam: Stok
Klau ambil direct dengan crocs original,perlu ambil dengan kuantiti yang banyak.Jadi,klau ada di blog atau kedai yang jual sikit2,maknanya tu crocs copy.
Ketujuh: Plastik Crocs
Skrg ni copy crocs pun siap dtg dgn plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.