sedia maklum sejak ron92 dihapuskan,ron95 menjadi alternatif..tapi ada sedikit kemusykilan mengenai kualiti ron95..benar atau tidak??
aku sendiri punyai sedikit masalah iaitu bunyi enjin menjadi kasar..antara masalah lain yang aku dengar ialah enjin susah untuk start pada waktu pagi..jadinya harus cuba ron97 pula selepas ini..petrol di setiap stesen berlainan kualiti..shell,petronas,caltex,esso mempunyai formula yang berbeza2..ada pendapat mengatakan bahawa ron95 di stesen a boleh jadi lebih baik dari ron97 di stesen b..
penggunaan minyak yang berkualiti amat penting untuk penjagaan kereta untuk jangka masa panjang..
sape yg ada masalah ron95,sila angkat tangan..aku angkat dulu..gunakanlah minyak ron97 yang bervitamin dan mempunyai zat besi untuk kekuatan enjin anda..
"Take care of your car, and your car will take care of you"Frank Martin,Transporter 3
Friday, October 16, 2009
Wednesday, September 30, 2009
Tentangmu
Kertas-Tentangmu
Sedapatnya aku ingin kembalikan cinta Ungkapkan hati yang pernah aku Tanam bersemi selalu
Bukan maksudku membuang hati padamu Ingatkan aku kerna kau satu Bidadari selalu
Sambut hatiku Luruskan aku selalu Inginkan kini Takkan ku lupa hinggapi aku cintamu
Seharusnya Yang kita rasakan di dalam hatimu Tak akan pernah ada kebencian terasa Sejujurnya Rasa yang ada yang telah ku rasakan Tak akan hilang walau andai derita melanda

Sedapatnya aku ingin kembalikan cinta
Bukan maksudku membuang hati padamu
Sambut hatiku
Seharusnya
Seharusnya
Seharusnya
Wednesday, September 23, 2009
cinta terakhir
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Wednesday, September 16, 2009
cuci cuci kereta

snow car wash?kt mane2 ada..cpt dan mudah..cucian ala bersahaja,sesiapa pn boley part time cuci kereta di snow car wash..hasilnya?mmg berkilat tapi campuran sabun dan kimia serta kain yang tidak sesuai membuatkan cat pada body kereta bercalar balar..
meguiar's?pekerja terlatih..untuk membuka car wash menggunakan produk meguiar's,perlulah mengikuti kursus yang dijalankan dan diiktiraf..syampu utk body kereta berasingan dengan pengilat rim dan kit untuk tayar..harga mencuci paling murah di meguiar's rm10 bagi setiap cucian,ada juga tempat yang mencecah sehingga rm18..tp hasilnya mmg berbaloi baloi..klau tak caye cubalah..mmg anda semua akan buat kempen 'katakan tidak pada snow car wash'..agen meguiar's tersebut pn boleh menerangkan kepada anda dengan lebih terperinci,menjadikan anda lebih memahami cara2 menjaga kereta dengan penuh kasih dan sayang..

aku sendiri pn baru 5 bulan membuat kempen tersebut..sepanjang setahun menghantar kereta di snow car wash,mmg hampeh betul..kesian kereta aku bercalar balar..rupenya calar tersebut kerana penggunaan kain yang salah,menyebabkan pasir masih melekat dan terusan disental dengan selambenye oleh mat2 cuci snow tersebut..
untuk ada semua,cubalah mencuci kereta di meguiar's..hasilnya?mak suka,ayah gembira!!
Tuesday, September 15, 2009
crocs oh crocs

ok..sempena raya nie mesti ramai yang masih memikirkan kasut apakah yang ingin dibeli untuk dipakai ketika raya..dek kerana demam crocs yang sedang melanda,ramai peniaga2 mengambil kesempatan menjual crocs tiruan (imitation) dan memperdaya pembeli..
mcm mane nk knal crocs ori?
kt sni aku 'up' sket tips sebagai panduan..
Pertama: Physical look (Finishing)
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing teruk yang amat.
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing teruk yang amat.
Kedua: Logo button Crocs
Contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.
Ketiga: Tulisan tapak
Original tulisan seharusnya: boulder,colarado (koma)Imitate: boulder.colarado (titik)(note: bukan semua imitate mcm ni, ada juga sama tulisan mcm ori)Kalau anda jumpa seller jual mcm ni, n kalau dia nak bertekak dgn anda dgn memberi alasan model original reject sbb tu ada titik bukan koma, ha jgn tertipu, itu maknanya dia sendiri terkejut dgn soalan anda dan tk tahu nak jawab.
Keempat: Kelembutan (softness)
Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.
Kelima: Terapung bila letak atas air
Letak crocs dalam air, tgk dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dlm air.
Keenam: Stok
Klau ambil direct dengan crocs original,perlu ambil dengan kuantiti yang banyak.Jadi,klau ada di blog atau kedai yang jual sikit2,maknanya tu crocs copy.
Ketujuh: Plastik Crocs
Skrg ni copy crocs pun siap dtg dgn plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.
Friday, September 11, 2009
Salam Syawal
Wednesday, September 2, 2009
setia
Jikustik - Setia
Deras hujan yang turun
Mengingatkanku pada dirimu
Aku masih disini untuk setia
Selang waktu berganti
Aku tak tahu engkau dimana
Tapi aku mencoba untuk setia
Sesaat malam datang
Menjemput kesendirianku
Dan bila pagi datang
Kutahu kau tak disampingku
Aku masih disini untuk setia
note:lagu slow,sentimental..antara sentuhan terbaik band jikustik..
download mp3 : http://www.4shared.com/file/56818278/2c53f082/SETIA_-_Jikustik.html?s=1

Tuesday, September 1, 2009
Poll Closed
secara rasminya undian terbaru telah ditutup.berikut disertakan keputusan undian bagi pasukan mana yang akan menjuarai epl bagi musim 2009/2010:
man utd - 8 undian
liverpool - 7 undian
chelsea - 2 undian
arsenal - tiada undian
dengan undian tertinggi adakah man utd akan sekali lagi menjuarai epl bagi musim ini?jeng jeng jeng..
man utd - 8 undian
liverpool - 7 undian
chelsea - 2 undian
arsenal - tiada undian
dengan undian tertinggi adakah man utd akan sekali lagi menjuarai epl bagi musim ini?jeng jeng jeng..
Merdeka ke52
"1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
31 Ogos 2009,seawal jam 6.30 pagi..bertolak ke kampus..punya tanggungjawab utk berbaris menyambut kemerdekaan..perbarisan bertempat di stadium larkin berakhir jam 9.30 pagi.. perbarisan kemerdekaan negeri johor di stadium larkin..
asap jalur gemilang..
merdeka!merdeka!merdeka!cewahh mcm kt stadium merdeka lak..
Thursday, August 27, 2009
Wednesday, August 26, 2009
Kisah Dari Team Yg Selalu Angkat Piala

26/08/2009 2:39am
MANCHESTER, England 26 Ogos - Pemain pertahanan Serbia, Nemanja Vidic semalam menegaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kelab yang diwakilinya ketika ini, Manchester United.
Vidic yang membuat penampilan pertama musim ini pada Sabtu lalu ketika membantu United mencatat kemenangan 5-0 ke atas Wigan, selepas pulih daripada kecederaan.
Pemain itu menyatakan pendiriannya bagi menjawab spekulasi yang menyatakan dia bercadang meninggalkan kelab terkemuka England tersebut.
“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Barcelona atau Real Madrid mahupun AC Milan, atau mengenai mana-mana kelab terkemuka lain.
“Malah saya juga tidak pernah bercakap mengenai masa depan saya. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa ada orang lain mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Saya telah membuktikan di Wigan betapa saya begitu gembira bersama kelab ini (United),” kata Vidic. -AFP
note:hepi tul aku dengo vidic masih setia..dia nie the best defender arr,partner lak ngan rio ferdinand..the best ever!!
sumber: http://www.utusan.com.my/
Tuesday, August 25, 2009
hitam legam
Monday, August 24, 2009
Friday, August 21, 2009
kekuatan
smlm seperti biasa,menjalani rutin harian..jam 11pg, setelah tidak tahan dgn sakit kepala dan selsema,aku ke klinik panel..doktor memberi mc satu hari..
badan masih panas..nasib baik hati masih sejuk..kata2 org,biarkan..kerana itu cabaran..tuhan masih memberi kekuatan..kecekalan untuk bertahan sehingga hari ini..
alhamdulillah..
salam ramadhan 1430H
badan masih panas..nasib baik hati masih sejuk..kata2 org,biarkan..kerana itu cabaran..tuhan masih memberi kekuatan..kecekalan untuk bertahan sehingga hari ini..
alhamdulillah..
salam ramadhan 1430H
Tuesday, August 18, 2009
aku yg semakin berat
smlm aku memijakkan kaki di mesin penimbang..berat badan yg baru update dan latest..80kg!!
lemak2 semakin naik..naik lemak!!
3 bulan tidak bersukan?akibat patah jari kaki mungkin penyebab..
kecederaan semakin pulih,masa utk membuang berat2 yg tidak diperlukan..
kes berat nie..
lemak2 semakin naik..naik lemak!!
3 bulan tidak bersukan?akibat patah jari kaki mungkin penyebab..
kecederaan semakin pulih,masa utk membuang berat2 yg tidak diperlukan..
kes berat nie..
Monday, August 17, 2009
akak dan ayu
Nur Anisa Ismail
setelah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda di USM,akak berkhidmat dengan TV3..mmg minat akak dalam bidang penyiaran..cita2 akak utk membuka 'production house' sendiri..
ayu pula berada dalam bidang perakaunan..setelah menamatkan diploma perakaunan di UiTM Segamat,ayu bekerja dengan KLIA Holdings..ayu dalam semester akhir program professional akaun,CIMA..satu-satunya adikku..

Thursday, August 13, 2009
majlis perkahwinan syam
syam,pegawai eksekutif UiTM JB telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan di endau mersing..
uniknya,syam dan isteri merupakan seniorku ketika di uitm..
alhamdulillah,bertemu jodoh..
tunggu turn junior lak pasnie..hehe..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Saturday, August 1, 2009
Ogos datang lagi
Tarikh-tarikh penting bagi bulan ogos..
8.8.09..majlis perkahwinan syam,endau mersing
8.8.09..kursus personaliti staf terbilang
15.8.09..modul 3&5
15.8.09..futsal imetro zon tengah
22.8.09..awal ramadhan
31.8.09..merdeka!!
Semoga hari-hari mendatang lebih bercahaya..

Friday, July 31, 2009
warung kopi dan coffee bean
dato dr hj fadzilah kamsah dalam program motivasinya pernah berkata mengenai pepatah 'malu bertanya sesat jalan'..tetapi zaman sekarang 'malu bertanya tak dapat awek,malu menjawab tak dapat pakwe'..
begitulah perubahan zaman..
kata mak,zamannya dahulu ke sekolah hanya berbekalkan 20sen..cukup untuk makan mee goreng dan secawan air..tetapi sekarang,bernasib baik jika sebiji karipap mahupun donat berharga 20sen..untuk mee goreng dan secawan air sekurang-kurangnya rm2..
kata mak,zamannya dahulu,mana ada henfon..aku sendiri mula menggunakan henfon ketika di tingkatan empat..tetapi sekarang,anak kecil yang baru berumur 7 tahun pn sudah memiliki henfon sendiri..mudah untuk berkomunikasi katanya..
kata mak,zamannya dahulu dari rumah ke tempat kerja hanyalah berjalan kaki..tetapi zaman sekarang,mana boleh berjalan kaki..pengangkutan kan banyak..lrt,monorail,erl semua sudah sedia ada..
kata mak,zamannya dahulu mana ada komputer..surat ditaip menggunakan 'typewriter'..
begitulah arus deras kehidupan..globalisasi yang menjadi destinasi..namun,dari mana asalnya kita janganlah dilupa..tukarlah cara kita sekalipun,melayu juga kita..kerana nama boleh ditukar,rambut boleh berubah,juga bahasa..namun darah tetap melayu..tanah juga asal kita..
p/s : demi agama,bangsa dan negara..

Wednesday, July 29, 2009
bersalahkah aku..
Tuesday, July 28, 2009
'first impression'
apakah itu?
'first impression' yang baik adalah amat penting dalam membina perhubungan dengan orang di sekeliling..itu melibatkan persepsi orang yang menerima atau dinilai..seringkali kita prejudis terhadap orang pada pandangan pertama..
mengapa?
kita dijadikan bukanlah dapat membaca pemikiran dan hati sesama kita..rambut sama hitam,hati jangan biar hitam..
renungkan..

bolasepak
bolasepak merupakan salah satu kegiatan kegemaranku..aku dibesarkan dengan suasana bolasepak..ayah merupakan bekas penjaga gol pasukan johor..dek kerana pembedahan lutut yang dijalani ayah terpaksa berhenti..ayah menggalakkan aku mengikuti bakatnya..semasa di darjah 2 lagi,ayah membawa aku ke stadium larkin untuk menyaksikan perlawanan bolasepak..di tahun 1992 itulah zaman kegemilangan khalid shahdan,nasir yusof,zainal abidin hassan,dollah salleh dan lain-lain..
setelah melihat kehebatan mereka,aku pulang ke rumah..menanam azimat untuk menjadi pemain seperti mereka..aku bermula dengan membuat bola kertas yang dibalut dengan getah..bermain bola di dalam rumah boleh membuat mak naik angin..apakan daya katanya,'anak laki sorang'..
setahun demi setahun hinggalah ke tahun 1995..aku mula terpilih untuk pasukan johor dalam kejohanan mssm..pada tahun 1997 aku telah mengikuti satu sesi pemilihan pemain bagi mengikuti program akademi bolasepak negeri johor di bawah kendalian FAM..hampir seribu pemain yang datang dari seluruh pelusuk negeri..masing-masing dengan kehebatan tersendiri..10 orang panel yang akan memilih pemain untuk program akademi termasuklah khalid shahdan,nasir yusof,wan jamak,darren steward dan lain-lain..aku diberitahu khalid shahdan dan nasir yusof akan menjadi jurulatih bagi akademi bolasepak negeri johor..lagilah melonjak semangat muda aku untuk terpilih,dapat menuntut ilmu bersama nama-nama besar bolasepak malaysia..
hari terakhir pemilihan..panel pemilih memberitahu bahawa keputusan siapa yang terpilih akan diketahui melalui panggilan telefon dan disusuli surat dalam masa sebulan..dua minggu selepas itu aku dihubungi oleh pegawai persatuan bolasepak negeri johor mengatakan aku terpilih,syukur..
tahun 1998 di akademi bolasepak negeri johor..hinggalah ke tahun 2001,pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan yang aku sertai..byk juga pengalaman yang ditimba..
pada tahun 2002,keluarga menyuruh aku meninggalkan bolasepak dan menyambung pengajian..aku akur..mungkin ada hikmahnya..
buat sume jurulatih yang telah membimbing aku..terima kasih yang tidak terhingga dari diri ini..
khalid shahdan (yang masih lagi memanggil aku untuk kembali beraksi untuk pasukan johor)
nasir yusof (jurulatih pasukan mleague johor fa sekarang)
syed ahmad (bekas pemain kebangsaan-membimbing pasukan piala coca-cola johor)
amin FAM (jurulatih aku semasa menyertai malaysia under16)
dan buat yang lain-lain..
jutaan terima kasih!!respek!!

suatu masa

tiga tahun berlalu semenjak aku meninggalkan uitm jengka..arghhh..sayu rasanya bila mengingat kembali kenangan di sana..mana tidaknya,pelbagai kisah suka duka yang dilalui..
aku mengenali azmal,seorang rakan yang berasal dari felda jengka 17..orangnya begitu periang dan mudah bergaul..mempunyai seorang kakak..aku mengenali keluarga azmal..oleh kerana uitm dan rumah mereka terletak tidak jauh maka selalulah aku singgah ke rumah mereka,merasai suasana kampung..cukup mengasyikkan..udara segar yang mana mungkin dirasai di halamanku..
setahun setelah menamatkan pengajian,aku dikejutkan dengan sebuah panggilan pada jam 4 pagi..azmal sudah tiada..bagaikan tersentak hati ini..satu2 panggilan aku terima daripada rakan2 mengatakan azmal telah terlibat dengan kemalangan..
aku tidak mampu membalas segala jasa dan budi arwah mahupun keluarganya..hanya doa yang mampu ku iringkan..semoga Allah membalas segala jasamu..
Al-fatihah buat Mohd Azmal bin Jamaluddin..
Monday, July 27, 2009
mula bicara
salam buat semua..
sejak sekian lama memendam rasa utk ber'blog',akhirnya tercapai jua kesempatan..
kesempatan utk aku coretkan,sebelum terlelap..
sejak sekian lama memendam rasa utk ber'blog',akhirnya tercapai jua kesempatan..
kesempatan utk aku coretkan,sebelum terlelap..
Subscribe to:
Posts (Atom)